- Iklan -
Berita

Kes harian jangkau 5,400 jangkitan

Malaysia kini merekodkan 2,638,221 kes keseluruhan Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang kanak-kanak ditemani ibunya bermain dengan arnab di Pantai Klebang. Suasana kembali meriah selepas kelonggaran pergerakan dibenarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Seorang kanak-kanak ditemani ibunya bermain dengan arnab di Pantai Klebang. Suasana kembali meriah selepas kelonggaran pergerakan dibenarkan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,439 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,638,221 kes.

6,803 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,544,007.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 500 kes di mana 400 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 258 kes di mana 161 adalah kes Covid-19.

Dari 5,439 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 105 kes (1.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,334 kes (98.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.