Saturday, January 22, 2022

Kerajaan akan dakwa syarikat pembekal pembuat alatan rumah Dyson

Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata ATA IMS Bhd telah diberikan notis kompaun namun tidak membayarnya.

Other News

Malaysia akan memulakan pendakwaan ke atas ATA IMS Bhd yang merupakan syarikat pembekal kepada Dyson, berikutan aduan yang diterima jabatan buruh, kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan.

Tindakan tersebut diambil selepas beberapa dakwaan pengilang itu mengamalkan buruh paksa dalam syarikatnya.

Dyson memberitahu Reuters minggu lalu ia memutuskan hubungan dengan ATA dalam tempoh enam bulan berikutan audit menunjukkan wujud amalan buruh paksa dalam syarikat tersebut selepas dimaklumkan oleh pemberi maklumat.

ATA, yang menikmati 80% daripada pendapatannya daripada pembuat peralatan rumah itu sekali lagi menegaskan minggu ini bahawa ia memandang serius tuduhan tersebut selain mennyatakan penemuan audit buruh itu tidak dapat dibuktikan.

Sebelum ini, ATA turut menafikan dakwaan wujud amalan buruh paksa dalam syarikatnya.

Hari ini, M Saravanan memberitahu Parlimen bahawa kementeriannya melalui jabatan buruh telah mengambil tindakan dan memulakan siasatan terhadap ATA selepas menerima aduan.

“Kami telah berikan mereka notis kompaun namun syarikat itu masih belum membayarnya, oleh itu kami akan dakwa mereka di mahkamah,” kata Saravanan di Parlimen pada Selasa.

Bagaimanapun, Saravanan tidak menyatakan apakah aduan yang diterima jabatan buruh atau perincian pendakwaan tersebut.

Kementerian juga tidak memberikan maklum balas lanjut kepada Reuters mengenai pendakwaan dan aduan itu.

ATA, yang merupakan syarikat pembuat alat ganti bagi mesin vakum dan pembersih udara Dyson, tidak memberikan ulasan segera mengenai perkata tersebut.

Saravanan berkata minggu lalu kerajaan turut menyiasat keputusan Dyson untuk menamatkan kontrak ATA.

Saham ATA juga turut jatuh hampir dua pertiga sejak pengumuman Dyson membatalkan kerjasamanya dengan syarikat tersebut.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles