- Iklan -
Berita

55 lagi korban Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,425

lapan atau 14.5% daripada jumlah kematian adalah kes kematian sebelum tiba di hospital

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
30,425 kematian dilaporkan dalam negara sejak pandemik melanda negara tahun lalu. Gambar: Bernama
30,425 kematian dilaporkan dalam negara sejak pandemik melanda negara tahun lalu. Gambar: Bernama

Sebanyak 55 lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada 30 November, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di seluruh negara sebanyak 30,425.

Menurut data Github kementerian kesihatan, lapan atau 14.5% daripada jumlah kematian adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 10 atau 18.2% diikuti Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing enam kes atau 10.9%.

Sabah dan Pulau Pinang masing-masing melaporkan lima kematian; Kelantan, Pahang, Perak dan Sarawak masing-masing mencatat empat kematian; manakala Johor melaporkan tiga kematian.

Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing melaporkan dua kematian manakala tiada kematian dilaporkan di Kedah, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 4,879 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 2,632,782.

Setakat semalam, terdapat 65,153 kes aktif Covid-19 dilaporkan dan 5,168 pesakit pulih.