- Iklan -
Berita

Keluarga rayu kata putus berhubung 5 tahun kehilangan Ruth Sitepu, suami

Mereka menggesa pihak bertanggungjawab atas kehilangan Ruth dan suaminya supaya memulangkan jenazah sekiranya ditimpa tragedi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ruth Sitepu dan suami Joshua Hilmy hilang pada November 2016.
Ruth Sitepu dan suami Joshua Hilmy hilang pada November 2016.

Keluarga Ruth Sitepu dan suaminya, Pastor Joshua Hilmy merayu kata putus berkenaan kehilangan mereka sejak 2016 sempena ulang tahun kelima kehilangan mereka hari ini.

Dalam satu kenyataan, mereka menyatakan seluruh keluarga masih tidak mengetahui sebarang maklumat mengenai keberadaan pasangan itu walaupun beberapa usaha dilaksanakan bagi memperoleh maklumat berkenaan kehilangan tersebut oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Suruhanjaya Orang Hilang dan Mangsa Keganasan Indonesia (Kontras) dan kementerian luarnya.

“Ruth adalah seorang manusia. Dia adalah adik kami. Dia ada keluarga.

“Walaupun mereka ditimpa tragedi, kami hanya mahu ada kata putus. Tolong pulangkan jenazahnya kepada kami,” kata mereka.

Sitepu dan Hilmy, seorang Melayu yang memeluk agama Kristian, kali terakhir dilihat meninggalkan kediaman pada 30 November 2016.

Suhakam memulakan siasatan awam pada Februari 2020 bagi menentukan sama ada mereka adalah mangsa kehilangan paksa.

Sesi siasatan awal juga turut menjejaki kehilangan seorang lagi paderi, Raymond Koh, yang diculik pada 2017, selain seorang lagi aktivis sosial Amri Che Mat yang hilang sejak 2016.

Pada 2019, siasatan Suhakam membuat kesimpulan bahawa Koh menjadi mangsa kehilangan paksa dan tumpuan diberikan terhadap Cawangan Khas Bukit Aman.

Dalam satu kenyataan, keluarga Sitepu berkata dia adalah seorang yang penyayang dan bertanggungjawab di mana mereka datang ke Malaysia untuk bekerja dan membantu keluarga.

“Kehilangan tiba-tiba tanpa sebarang berita tidak menunjukkan wataknya. Walaupun selepas berkahwin dan berpindah ke Malaysia, beliau kerap berhubung dengan kami melalui mesej dan panggilan.

“Orang tidak akan dan tidak boleh lenyap tiba-tiba begitu sahaja, tanpa sebarang jejak,” kata mereka.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.