- Iklan -
Berita

61 lagi korban akibat Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,370

15 daripada jumlah kes adalah kes kematian sebelum tiba di hospital.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
30,370 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan dalam negara sejak pandemik melanda tahun lalu. Gambar: Bernama
30,370 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan dalam negara sejak pandemik melanda tahun lalu. Gambar: Bernama

Sebanyak 61 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada 29 November, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian dalam negara sebanyak 30,370.

Menurut data Github kementerian kesihatan, 15 atau 24.59% daripada jumlah tersebut adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 14 atau 22.95% diikuti Terengganu sebanyak 11 atau 18.03%.

Johor dan Perak masing-masing melaporkan enam kematian; Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan lima kematian; dan Negeri Sembilan melaporkan empat kematian.

Kedah dan Pahang masing-masing melaporkan tiga kematian manakala Sabah dan Sarawak masing-masing melaporkan dua kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 4,087 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 2,627,903.

Setakat semalam, terdapat 65,497 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan 4,984 pesakit pulih.