Monday, January 24, 2022

Tiada saksi beri keterangan mereka beri suapan kepada Zahid, kata peguam

Menurut peguam Zahid, saksi pendakwaan memberi keterangan bahawa mereka tidak pernah memberi suapan kepada tertuduh kerana pembayaran yang dibuat kepada yayasan itu adalah sumbangan politik

Other News

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa tidak seorang pun saksi memberi keterangan bahawa Ahmad Zahid Hamidi telah diberikan suapan atau terdapat unsur rasuah dalam pembayaran membabitkan Yayasan Akalbudi, yayasan kebajikan yang diasaskan oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Zahid, berkata saksi pendakwaan telah memberi keterangan bahawa mereka tidak pernah memberi suapan kepada tertuduh kerana pembayaran yang dibuat kepada yayasan itu adalah sumbangan politik serta untuk kebajikan dan ini disokong oleh dokumen kewangan.

“Berdasarkan cara transaksi dibuat, tidak terdapat unsur rasuah. Saksi pendakwaan juga berkata mereka tidak pernah memberi rasuah kepada tertuduh.

“Apapun, kesemua saksi ini (Abu Hanifah Noordin dan Chew Ben Ben) kekal konsisten,” katanya.

Hisyam berkata demikian dalam hujah balas di akhir kes pendakwaan terhadap Zahid, yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Beliau juga berkata pembayaran yang dibuat melalui cek tidak pernah masuk ke akaun bank peribadi tertuduh sebaliknya dibuat kepada akaun Tetuan Lewis & Co iaitu firma guaman yang dikenal pasti sebagai pemegang amanah yayasan kebajikan itu semasa perbicaraan itu.

“Kami menyifatkan semua transaksi ini sebagai transaksi terbuka, tidak ada unsur kerahsiaan, ia telah diteliti/scrutinised… cek terbabit juga boleh dikesan.

“Semua pembayaran telah diterima dalam bentuk cek dan bukan tunai, ia tidak dibuat secara senyap-senyap atau dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak wasangka,” katanya sambil menambah transaksi terbabit juga telah diaudit oleh juruaudit luaran dan dalaman.

Prosiding hari ini bagaimanapun dipendekkan kerana Zahid mempunyai janji temu bagi mendapatkan suntikan penggalak Covid-19 petang ini.

Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles