Saturday, January 22, 2022

Kes harian Covid-19 menurun ke paras lepasi 4,000

Malaysia kini mencatat 2,627,903 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,087 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,627,903 kes.

4,984 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,532,036.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 507 kes di mana 401 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 272 kes di mana 175 adalah kes Covid-19.

Dari 4,087 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 72 kes (1.8%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,015 kes (98.2%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles