- Iklan -
Berita

85.9% remaja, 96.8% dewasa lengkap divaksinasi

89.6% remaja, 98.3% dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan Hospital Orang Asli Gombak, memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech bagi dos kedua kepada Orang Asli Temuan di Sungai Congkak, Hulu Langat.
Petugas kesihatan Hospital Orang Asli Gombak, memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech bagi dos kedua kepada Orang Asli Temuan di Sungai Congkak, Hulu Langat.

Seramai 2,702,748 atau 85.9% daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan menerusi laman CovidNow, seramai 2,818,165 individu atau 89.6% golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22,659,382 individu atau 96.8% telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,006,300 atau 98.3% lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 42,010 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,030 dos pertama, 3,214 dos lengkap serta 36,766 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,231,117 dos.