- Iklan -
Berita

29 lagi korban Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,309

Enam atau 20.6% daripada jumlah kes semalam adalah kes kematian sebelum tiba hospital (BID).

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana proses pengebumian pesakit Covid-19, para petugas perlu memakai pakaian lengkap PPE sepanjang menguruskan mayat. Gambar: AP
Suasana proses pengebumian pesakit Covid-19, para petugas perlu memakai pakaian lengkap PPE sepanjang menguruskan mayat. Gambar: AP

Sebanyak 29 lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan pada 28 November, menjadikan jumlah kes kematian keseluruhan dalam negara sebanyak 30,309.

Menurut data Github kementerian kesihatan (KKM), enam atau 20.6% daripada jumlah kes semalam adalah kes kematian sebelum tiba hospital (BID).

Jumlah kes kematian BID pada 28 November adalah yang paling rendah dalam tempoh seminggu.

Perak mencatatkan jumlah kes kematian tertinggi iaitu tujuh kematian atau 24.1% diikuti Kedah dan Kelantan masing-masing merekodkan enam kematian atau 20.7%.

Johor, Pahang, Sabah, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan dua kes kematian.

Tiada kematian dilaporkan di lapan negeri – Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 4,239 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara sebanyak 2,623,816.

Setakat semalam, terdapat 66,455 kes aktif Covid-19 dilaporkan dan 5,007 pesakit telah pulih.