Saturday, January 22, 2022

Kes baru menurun ke paras lepasi 4,200

Malaysia kini merekodkan 2,623,816 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,239 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,623,816 kes.

5,007 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,527,052.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 511 kes di mana 418 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 261 kes di mana 173 adalah kes Covid-19.

Dari 4,239 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 73 kes (1.7%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,166 kes (98.3%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles