Monday, January 24, 2022

Abang Johari ucap terima kasih kepada Bersatu, BN kerana tidak bertanding PRN Sarawak

Pengerusi GPS itu berkata dua gabungan itu memahami politik di Sarawak.

Other News

 

Ex:

Reena

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg hari ini mengucapkan terima kasih kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kerana memberikan jaminan partinya tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bulan depan.

Abang Johari yang merupakan pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata ikrar yang disuarakan tersebut menunjukkan hubungan baik mereka dengan parti-parti seperti Bersatu dan Barisan Nasional (BN).

“Saya hendak berterima kasih kepada Annuar Musa yang turut mengumumkan BN juga tidak akan letak calon mereka pada PRN kali ini.

“Ini menunjukkan kita memiliki semangat yang bagus, terutamanya sejak kita memiliki wakil dalam kerajaan persekutuan,” katanya ketika ditanya berhubung kenyataan Muhyiddin semalam.

Muhyiddin sebelum ini berkata keputusan tersebut adalah bagi menghormati permintaan GPS.

Beliau turut berkata Bersatu memilih untuk tidak bertanding kerana percaya dengan kemampuan GPS untuk memenangi PRN, selain menerima sokongan gabungan itu ketika kerajaan diterajui Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan beliau sebagai perdana menteri.

Abang Johari berkata beliau yakin Bersatu dan BN tidak bertanding kerana memahami dan menghormati sentimen politik Sarawak.

“Saya yakin mereka faham politik di Sarawak,” katanya.

“Biar orang Sarawak tentukan apa yang akan berlaku Sarawak.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles