Saturday, January 22, 2022

40 lagi korban Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,280

Lapan atau 20% daripada kes dicatat semalam merupakan kematian sebelum tiba ke hospital.

Other News

Sebanyak 40 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada 27 November, menjadikan jumlah keseluruhan korban di seluruh negara sebanyak 30,280.

Menurut data Github kementerian kesihatan, lapan atau 20% daripada kes dicatat semalam merupakan kematian sebelum tiba ke hospital (BID).

Perak mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak enam kes atau 15%.

Ia diikuti Kelantan, Selangor dan Terengganu yang mencatat lima kematian atau 12.5%.

Joho, Pahang dan Pulau Pinang melaporkan tiga kematian, sementara Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur melaporkan dua kes masing-masing.

Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis melaporkan satu kematian masing-masing manakala Putrajaya dan Labuan tidak melaporkan
sebarang kematian.

Sebanyak 5,097 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 2,619,577.

67,252 kes aktif Covid-19 turut dicatat sementara 5,352 pesakit pulih daripada jangkitan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles