Saturday, January 22, 2022

Thailand lulus kegunaan RTK untuk saringan ketibaan bermula 16 Disember

Thailand turut melonggarkan sekatan Covid-19 termasuk menarik balik perintah berkurung waktu malam di semua wilayah.

Other News

Pengembara yang lengkap vaksin Covid-19 perlu menjalani ujian saringan menggunakan kit ujian pengesanan pantas (RTK) sebelum dibenarkan masuk ke Thailand, bermula 16 Disember.

Timbalan jurucakap kementerian luar, Natapanu Nopakun, berkata ketika ini di bawah pengaturan perjalanan bebas kuarantin, pengembara lengkap vaksinasi dari negara dan wilayah berisiko rendah yang mengikuti skim “Test & Go” dan “Sandbox” perlu bermalam di hotel terpilih yang diiktiraf Safety & Health Administration (SHA) Plus dan menjalani ujian RT-PCR.

“(Mulai 16 Disember), semua pengembara berkenaan hanya perlu menempah pengangkutan (dari lapangan terbang ke hotel) dan menjalani ujian RTK di hotel terpilih.

“Kini pengembara tidak perlu tempah bilik hotel kerana dengan keputusan RTK boleh diperoleh dalam masa kira-kira 15 minit,” katanya pada taklimat harian Covid-19 di Bangkok semalam.

Selain itu, mulai 16 Disember, Natapanu berkata pengembara yang mengikuti skim “sandbox” termasuk di Bangkok, Phuket, Krabi dan Phang-Nga hanya perlu tinggal selama lima hari berbanding tujuh hari sebelum boleh ke wilayah lain.

Sementara itu, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Dr Taweesin Visanuyothin, berkata Thailand akan melonggarkan sekatan Covid-19 termasuk menarik balik perintah berkurung waktu malam di semua wilayah.

Bagaimanapun katanya pusat hiburan itu akan ditutup sehingga 16 Januari dan mungkin dibenarkan dibuka semula lebih awal jika keadaan semakin pulih.

Taweesin berkata mesyuarat CCSA hari ini turut memutuskan untuk melanjutkan darurat sehingga 31 Januari bagi mengekang penularan Covid-19.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand merekodkan 6,559 kes baru Covid-19 dan 64 kematian, menjadikan setakat ini jumlah jangkitan sebanyak 2,094,886 dan 20,645 kematian.

Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha semalam menggesa rakyat Thailand mengelak mengunjungi negara di Afrika berikutan penularan varian baru Covid-19 yang dikesan di Afrika Selatan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles