Sunday, January 23, 2022

Kes harian Covid-19 kekal di paras 5,000

Malaysia kini mencatat 2,619,577 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,097 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,619,577 kes.

5,352 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,522,045.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 510 kes di mana 423 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 258 kes di mana 171 adalah kes Covid-19.

Dari 5,097 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 84 kes (1.6%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,013 kes (98.4%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles