Sunday, December 5, 2021

Pengerusi PN Melaka letak jawatan

Peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Other News

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen hari ini mengumumkan peletakan jawatan hari ini, beberapa hari selepas gabungan itu gagal menguasai kerajaan negeri dalam pilihan raya negeri (PRN).

Beliau yang merupakan naib presiden Bersatu turut melepaskan jawatannya sebagai pengerusi negeri dan mengatakan surat peletakan jawatannya akan diserahkan kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin esok.

“Saya ingin memohon jutaan kemaafan atas segala kekhilafan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai pengerusi PN Melaka dan ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk mengetuai Bersatu dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat segala persiapan bagi menghadapi PRU15.

“Peletakan jawatan ini juga bagi membolehkan segala fokus dapat saya berikan untuk memperkukuhkan kedudukan dan sokongan rakyat terhadap PN Parlimen Tangga Batu dan Bersatu Bahagian Tangga Batu serta memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab saya sebagai naib presiden Bersatu menjelang PRU15.”

PN bertanding di semua kerusi DUN Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang diadakan pada 20 November lalu.

Bagaimanapun, Mas Ermieyati Samsudin dicalonkan sebagai ketua menteri walaupun beliau merupakan pengerusi PN Melaka.

Walaupun begitu, Rafiq tetap memberikan sokongan penuh terhadap pencalonan Mas Ermieyati yang merupakan calon di DUN Tanjung Bidara.

PN hanya memenangi dua kerusi dalam PRN Melaka mengekalkan jumlah kerusinya sebelum ini.

Sementara Barisan Nasional (BN) menguasai DUN Melaka dengan kemenangan melebihi dua pertiga majoriti sekali gus melayakkannya membentuk kerajaan negeri.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles