Saturday, January 22, 2022

Mahkamah tolak permohonan Puad Zarkashi ketepi injunksi diperoleh Muhyiddin

Hakim turut turut menolak permohonan Muhyiddin untuk melanjutkan injunksi diperoleh beliau pada 1 Mac.

Other News

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Mohd Puad Zarkashi untuk mengetepikan injunksi interim sebelah pihak (ex-parte) bagi menghalang beliau daripada menerbitkan semula kenyataan yang didakwa berbaur fitnah di laman Facebooknya berhubung perintah kuarantin membabitkan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Hakim Mohd Firuz Jaffril turut menolak permohonan Muhyiddin untuk melanjutkan injunksi diperoleh beliau pada 1 Mac sementara menunggu pelupusan saman fitnahnya terhadap Puad yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Beliau berkata mahkamah mendapati bahawa tidak ada keperluan untuk memutuskan kedua-dua permohonan kerana ia telah luput memandangkan Mohd Puad sudahpun mematuhi perintah injunksi interim ex-parte sebelum ini dengan mengeluarkan kenyataan terbabit, yang menjadi punca tindakan perundangan itu diambil oleh Muhyiddin.

Mohd Firuz kemudian menetapkan 9 Disember sebagai pengurusan kes.

Peguam DP Naban dan Rosli Dahlan mewakili Muhyiddin manakala G. Rajasingam dan Shahrul Fazli Kamarulzaman hadir bagi pihak Mohd Puad.

Muhyiddin memohon perintah injunksi interim bagi menghalang Puad, ejen, wakil atau sesiapa daripada menerbitkan semula, membuat hantaran dan berkongsi kenyataan yang didakwa berbaur fitnah di laman Facebook Puad.

Menerusi writ saman yang difailkan dalam kapasiti peribadi, Muhyiddin mendakwa pada 8 Februari lepas, Puad telah menerbitkan satu hantaran di laman Facebook di bawah nama “Dr Puad Zarkashi” dengan tajuk “Kuarantin pun ada dua darjat?”

Beliau mendakwa hantaran itu boleh diakses oleh pengguna internet di seluruh dunia dan telah menerima 1,200 reaksi, 215 komen dan 182 perkongsian.

Katanya hantaran itu merujuk kepada “PM” yang merupakan singkatan kepada perdana menteri dan mengandungi kenyataan tidak benar, tidak wajar, tidak berasas dan jahat serta memfitnah beliau.

Muhyiddin mendakwa kenyataan itu membawa maksud bahawa beliau dan rombongannya enggan menjalani kuarantin selama 10 hari selepas mereka pulang dari lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles