- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras lepasi 5,500

Malaysia merekodkan 2,614,480 jangkitan Covid-19 setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa pelanggan  membeli makanan yang dijual oleh penjaja jalanan dengan mengikut SOP penjarakan jarak dan memakai pelitup muka.
Beberapa pelanggan membeli makanan yang dijual oleh penjaja jalanan dengan mengikut SOP penjarakan jarak dan memakai pelitup muka.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,501 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,614,480 kes.

6,664 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,516,693.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 519 kes di mana 445 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 267 kes di mana 167 adalah kes Covid-19.

Dari 5,501 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 78 kes (1.4%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,423 kes (98.6%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

MENYUSUL LAGI