Wednesday, January 19, 2022

Ambil dos penggalak Covid, walau sudah sembuh, kata Khairy

Beliau berkata suntikan penggalak perlu diambil tiga bulan selepas pulih, terutama bagi golongan yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi.

Other News

Kira-kira 2.5 juta rakyat Malaysia dijangkiti Covid-19 dan pulih masih digalakkan untuk mengambil suntikan dos penggalak walaupun mempunyai beberapa tahap antibodi daripada penyakit itu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini.

Bercakap pada sidang media, beliau berkata suntikan penggalak perlu diambil tiga bulan selepas pulih, terutama mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas.

Beliau berkata suntikan tersebut akan memberikan perlindungan yang lebih baik, terutama selepas keberkesanan vaksin semakin berkurangan dari semasa ke semasa.

“Kami berpendapat walaupun pernah dijangkiti, lebih baik jika anda terima suntikan penggalak Covid-19,” katanya.

“Kami akan terus syorkan vaksinasi dan suntikan penggalak walaupun bagi mereka yang telah pulih dari Covid-19. Itu adalah pendirian kementerian kesihatan.”

Beliau juga berkata bahawa data saintifik bagi dos penggalak telah menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan.

“Ia akan terus begitu sehingga bukti saintifik baru menunjukkan sebaliknya,” tambahnya.

“Kami akan kemas kini dari semasa ke semasa sehingga kami dapat bukti yang lebih baik.”

Kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia telah dijangkiti Covid-19 sejak virus itu mula dikesan di negara ini awal tahun lepas.

Daripada jumlah itu, 2.5 juta telah pulih manakala 68,755 kes aktif direkodkan setakat semalam.

Ketika ini, Malaysia merekodkan jumlah kematian akibat virus tersebut sebanyak 30,195.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles