Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu yang ke-12.
Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata pemilihan calon ditentukan oleh parti komponen dan akan diumumkan kemudian.
“Terpulang kepada parti komponen untuk menentukan calon masing-masing. Kita akan bertanding di semua 82 kerusi DUN,” katanya dalam sidang media hari ini.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sarawak ke-12.
SPR turut mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 6 Dis manakala pengundian awal pada 14 Disember.