Sunday, December 5, 2021

PH putuskan tidak guna logo sama pada PRN Sarawak

Setiap parti akan bertanding logo sendiri.

Other News

Pakatan Harapan (PH) Sarawak hari ini mengumumkan parti komponen gabungan itu tidak akan menggunakan logo yang sama pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember depan.

Bercakap pada sidang media di Kuching, Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata semua parti akan bertanding menggunakan logo masing-masing.

“DAP akan menggunakan logo roket manakala PKR dan Amanah akan menggunakan logo parti mereka,” kata pengerusi DAP Sarawak itu.

Chong berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas pimpinan PH di Sarawak mengenai strategi menghadapi PRN tersebut.

Ketika ditanya mengenai peruntukan kerusi untuk PKR, beliau berkata PH sudah memuktamadkan pembahagian kerusi.

“Ia sudah lama dibahagikan. Yang telah dipersetujui adalah 47 kerusi.”

Awal tahun ini, Chong berkata PKR Sarawak akan bertanding di 47 kerusi, DAP 26 dan Amanah sembilan.

47 kerusi yang akan ditandingi PKR ialah: Opar, Tanjung Dato, Pantai Damai, Tupong, Satok, Batu Lintang, Asajaya, Serembu, Tarat, Tebedu, Sadong Jaya, Simunjan, Lingga, Beting Maro, Balai Ringin, Bukit Begunan, Engkilili , Batang Ai, Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka, Krian, Daro, Pakan, Meluan, Ngemah, Machan, Nangka, Dalat, Tellian, Balingian, Tamin, Kakus, Katibas, Belaga, Murum, Jepak, Bekenu, Lambir, Marudi , Telang Usan, Mulu, Bukit Kota, Batu Danau, Ba Kelalan dan Bukit Sari.

Sementara itu, DAP akan bertanding di 26 kerusi: Tasik Biru, Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kitang, Batu Kawah, Stakan, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Pelagus, Bukit Goram, Baleh, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut dan Senadin.

Sembilan kerusi lagi akan ditandingi Amanah iaitu: Demak Laut, Samariang, Muara Tuang, Gedong, Sebuyau, Kabong, Kuala Rajang, Semop dan Jemoreng.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles