- Iklan -
Berita

37 lagi korban Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,147

Daripada jumlah itu, sembilan adalah kes kematian sebelum tiba di hospital.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Terengganu mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak tujuh kes atau 18.9%, diikuti Sabah dan Negeri Sembilan masing-masing mencatat lima kematian.
Terengganu mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak tujuh kes atau 18.9%, diikuti Sabah dan Negeri Sembilan masing-masing mencatat lima kematian.

Sebanyak 37 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada 24 November, menjadikan jumlah keseluruhan korban di seluruh negara sebanyak 30,147.

Menurut data Github kementerian kesihatan, sembilan atau 24.3% daripada kes dicatat semalam merupakan kematian sebelum tiba ke hospital (BID).

Terengganu mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak tujuh kes atau 18.9%, diikuti Sabah dan Negeri Sembilan masing-masing mencatat lima kematian.

Selangor dan Kelantan melaporkan empat kematian masing-masing, Johor dan Perak dengan tiga kes, Kedah dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.

Tiada kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 5,755 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 2,602,835.

Setakat semalam, terdapat 69,261 kes aktif Covid-19 dilaporkan sementara 5,082 pesakit pulih.