Monday, December 6, 2021

Kes harian Covid-19 jangkau 5,700

Malaysia kini catat kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 2,602,835.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,755 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,602,835 kes.

5,082 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,503,427.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 506 kes di mana 426 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 270 kes di mana 158 adalah kes Covid-19.

Dari 5,755 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 101 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,654 kes (98.2%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles