- Iklan -
Berita

82.7% remaja, 95.8% dewasa lengkap divaksinasi

87.7% populasi remaja menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa remaja mendapatkan sijil digital vaksinasi bagi dos kedua selepas menerima suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech semasa menghadiri temujanji bagi remaja di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Beberapa remaja mendapatkan sijil digital vaksinasi bagi dos kedua selepas menerima suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech semasa menghadiri temujanji bagi remaja di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

Sebanyak 2,603,148 individu atau 82.7% daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,760,656 individu atau 87.7% bagi golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, 22,425,264 individu atau 95.8% telah lengkap vaksinasi manakala 98% atau 22,936,203 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 135,631 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 10,473 suntikan dos lengkap, 5,233 menerima dos pertama dan 119,925 mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,232,576.