- Iklan -
Berita

47 korban Covid direkod, jumlah keseluruhan cecah 30,110

10 kes merupakan kematian sebelum tiba ke hospital.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kelantan mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak lapan atau 17%, diikuti Sabah sebanyak tujuh kes semalam. Gambar: Bernama
Kelantan mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak lapan atau 17%, diikuti Sabah sebanyak tujuh kes semalam. Gambar: Bernama

Sebanyak 47 lagi kematian berkaitan Covid dilaporkan pada 23 November, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di selruh negara sebanyak 30,110.

Menurut data Github kementerian kesihatan, 10 daripada korban adalah kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).

Kelantan mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak lapan atau 17%, diikuti Sabah sebanyak tujuh kes.

Melaka dan Selangor masing-masing melaporkan lima kematian; Johor, Pulau Pinang dan Sarawak masing-masing melaporkan empat kematian; dan Kedah dan Pahang masing-masing melaporkan tiga kematian.

Terengganu, yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi pada 22 November, melaporkan dua kes semalam.

Perak dan Kuala Lumpur masing-masing melaporkan satu kematian manakala tiada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 5,594 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,597,080.

Hanya 85 atau 1.5% daripada kes baru Covid-19 adalah jangkitan Kategori Tiga, Empat dan Lima.

Setakat semalam, terdapat 68,625 kes aktif Covid-19 dilaporkan dan 4,908 pesakit dilaporkan sembuh.

Daripada kemas kini kementerian kesihatan, 10 kluster baru dilaporkan, menjadikan jumlah kluster aktif menjadi 231.