- Iklan -
Berita

82.5% remaja, 95.7% dewasa lengkap divaksinasi

87.6% daripada populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Remaja sekolah menerima vaksinasi sejak kerajaan melancarkan PICK remaja pada awal September.
Remaja sekolah menerima vaksinasi sejak kerajaan melancarkan PICK remaja pada awal September.

Sebanyak 2,597,622 individu atau 82.5% daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) di laman CovidNow, sebanyak 2,758,317 individu atau 87.6% bagi populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, 95.7% atau 22,413,570 individu telah lengkap vaksinasi manakala 97.9% atau 22,930,251 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 109,016 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 11,912 suntikan dos lengkap, 4,941 menerima dos pertama dan 92,163 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,082,943.