- Iklan -
Berita

63 korban Covid direkod, jumlah keseluruhan cecah 30,063

13 kes merupakan kematian sebelum tiba ke hospital.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Korban Covid-19 diuruskan mengikut SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa kesihatan. Gambar: Bernama
Korban Covid-19 diuruskan mengikut SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa kesihatan. Gambar: Bernama

Sebanyak 63 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada 22 November, menjadikan jumlah keseluruhan korban di seluruh negara sebanyak 30,063.

Menurut data Github kementerian kesihatan, 13 daripada kes dicatat semalam merupakan kematian sebelum tiba ke hospital (BID).

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak 14 atau 22.2%, diikuti Johor (11) dan Sabah (9).

Perak dan Terengganu melaporkan tujuh kematian masing-masing, Kuala Lumpur dan Kedah dengan empat kes masing-masing, sementara Kelantan dan Sarawak masing-masing dua kes.

Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing mencatatkan satu kematian manakala tiada kematian dilaporkan di Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 4,885 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 2,591,486.

Setakat semalam, terdapat 67,986 kes aktif Covid-19 dilaporkan sementara 5,628 pesakit pulih.