- Iklan -
Berita

Lebih 2.5 juta remaja Malaysia terima vaksinasi lengkap

87.6% daripada populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pelajar sekolah menunggu giliran vaksinasi di Putrajaya dalam program imunisasi remaja yang dilancarkan September lalu. Gambar: Reuters
Pelajar sekolah menunggu giliran vaksinasi di Putrajaya dalam program imunisasi remaja yang dilancarkan September lalu. Gambar: Reuters

Seramai 2,589,925 individu atau 82.3 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 2,755,745 individu atau 87.6% daripada populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 95.6% atau 22,390,580 individu dewasa telah lengkap vaksinasi manakala 97.8% atau 22,914,289 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, setakat semalam.

Sebanyak 36,028 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,244 dos pertama, 4,325 dos kedua, dan 29,459 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,938,646.