- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras lepasi 4,800

Malaysia kini mencatat kes keseluruhan sebanyak 2,586,601.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berkumjung ke Zoo Negara selepas kelonggaran diberikan berikutan kadar vaksinasi dalam negara melebihi 90% populasi.
Orang ramai berkumjung ke Zoo Negara selepas kelonggaran diberikan berikutan kadar vaksinasi dalam negara melebihi 90% populasi.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 4,854 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,586,601 kes.

5,525 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,487,809.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 541 kes di mana 420 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 267 kes di mana 175 adalah kes Covid-19.

Dari 4,854 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 86 kes (1.8%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,768 kes (98.2%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.