Friday, December 3, 2021

Rasmi: BN menang PRN Melaka dengan majoriti dua pertiga

PH mengalami kekalahan teruk apabila PKR tewas di semua kerusi dipertandingkan manakala Amanah hanya berjaya meraih satu kerusi.

Other News

Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas menyapu 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus meraih majoriti dua pertiga.

Jumlah itu menyaksikan BN berjaya menambah lapan kerusi daripada 13 yang dimenangi gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tiga tahun lalu.

Berdasarkan keputusan yang dipaparkan menerusi Dashboard SPR, BN hanya tewas di DUN Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir, Bemban, Sungai Udang, Bukit Katil dan Kota Laksmana.

Kemenangan itu diumumkan Pengerusii Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh malam ini.

Keputusan berkenaan menepati ramalan kebanyakan penganalisis yang menyatakan bakal membentuk kerajaan sekiranya peratusan mengundi rendah.

PRN kali ini menyaksikan 65.85% dari 495,195 pengundi keluar mengundi, lebih rendah berbanding dengan sasaran SPR iaitu 70%.

Pakatan Harapan (PH) yang meraih 15 kerusi pada PRU14 menyaksikan pengurangan sebanyak 10 kerusi, apabila PKR tewas di semua kawasan yang dipertandingkan, manakala Amanah hanya menang satu kerusi di Bukit Katil.

Perikatan Nasional (PN) pula berjaya meraih dua kerusi.

DAP memenangi empat daripada lapan kerusi yang ditandingi, iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dam Bandar Hilir.

Adun Lendu, Sulaiman Md Ali dijangka mengangkat sumpah di depan Tuan Yang Utama, Mohd Ali Rustam sebagai ketua menteri bagi membentuk kerajaan Melaka seterusnya.

Calon PN, Mas Ermieyati gagal dalam usaha mengalahkan calon BN, Ab Rauf Yusoh di Tanjung Bidara.

Calon PH di Bukit Katil, Adly Zahari yang juga bekas ketua menteri mengekalkan kerusinya di DUN itu, sekali gus menjadi satu-satunya calon Melayu gabungan itu yang menang.

Shamsul Iskandar Md Akin, yang mewakili PH pula tewas di Paya Rumput kepada calon BN, Rais Yassin.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu mengekalkan rekod kekalahan pada kerusi DUN yang ditandingi beliau sebelum ini.

PRN Melaka diadakan susulan penarikan sokongan empat Adun terhadap Sulaiman yang menyaksikan DUN Melaka terbubar pada Oktober.

Empat Adun itu ialah Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Idris tewas di tangan calon BN, Fairul Nizam di Asahan.

Terdahulu pada 2020, kerajaan negeri Melaka bertukar tangan daripada PH kepada BN dan Bersatu selepas dua Adun Bersatu dan seorang Adun DAP menukar sokongan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles