- Iklan -
Berita

Rasmi: BN akan bentuk kerajaan negeri Melaka

BN memenangi 50% majoriti di Melaka.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penyokong Barisan Nasional meraikan kemenangan pada PRN Melaka hari ini.
Penyokong Barisan Nasional meraikan kemenangan pada PRN Melaka hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional memenangi 15 kerusi dari 28 kerusi yang dipertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini sekali gus melayakkan gabungan itu membentuk kerajaan di negeri itu.

Kemenangan tersebut menjadikan gabungan tersebut memperolehi majoriti melebihi 50% daripada jumlah kerusi dipertandingkan.

BN dijangka membentuk dua pertiga majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kali ini selepas kalah kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) yang diadakan pada 2018.

MENYUSUL LAGI

PRN Melaka diadakan selepas empat Adun bertindak menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Sulaiman juga turut dicalonkan sebagai ketua menteri gabungan itu badi PRN kali ini.

Sementara itu, Pakatan Harapan mencalonkan pemimpin Amanah Adly Zahari sementara Perikatan Nasional memilih calon Bersatu Mas Ermieyati Samsudin sebagai ketua menteri yang dijangka menjadi ketua menteri wanita jika gabungan itu berjaya memenangi PRN hari ini.

Keputusan tersebut turut menepati ramalan penganalisis politik susulan kadar yang rendah pengundi keluar mengundi susulan kebimbangan wabak Covid-19 selain keletihan politik dalam kalangan orang ramai.