- Iklan -
Berita

Kes harian menurun ke paras lepasi 5,800

Malaysia kini merekodkan 2,581,747 kes keseluruhan Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ibu bapa menemani anak-anak mereka bermain belon sabun di Pantai Klebang, Melaka. Orang ramai mula melakukan aktiviti hujung minggu di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Ibu bapa menemani anak-anak mereka bermain belon sabun di Pantai Klebang, Melaka. Orang ramai mula melakukan aktiviti hujung minggu di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,859 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,581,747 kes.

4,970 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,482,284.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 529 kes di mana 420 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 268 kes di mana 169 adalah kes Covid-19.

Dari 5,859 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 102 kes (1.7%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,757 kes (98.3%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.