- Iklan -
Berita

BN hampir pasti menang besar, PKR kalah teruk di Melaka

BN mendahului di 20 kerusi DUN Melaka.

Ahmad Mustakim Zulkifli dan Azzman Abdul Jamal
1 minit bacaan
Kongsi
Papan skor menunjukkan logo Barisan Nasional ketika gabungan itu mendahului kemenangan dalam PRN Melaka.
Papan skor menunjukkan logo Barisan Nasional ketika gabungan itu mendahului kemenangan dalam PRN Melaka.

Barisan Nasional (BN) dijangka membentuk kerajaan negeri selepas hampir pasti membentuk dua pertiga majoriti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini selepas 12 hari berkempen.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, gabungan itu sedang mendahului kedudukan di 20 kerusi termasuk memenangi tujuh kerusi secara rasmi antaranya Tanjung Bidara dan Asahan, menewaskan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN)

Dalam pada itu, pencapaian PKR dan Amanah dijangka lebih buruk dalam PRN kali ini berbanding DAP.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan PKR kehilangan kerusi Machap Jaya yang dimenangi pada 2018 diwakili Ginie Lim yang digugurkan sebagai calon dalam PRN kali ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Akin kalah di Paya Rumput.

Calon ketua menteri PH Adly Zahari tampil menjadi satu-satunya calon Melayu daripada gabungan itu yang menang dalam pilihan raya tersebut.

Kemenangan itu mengikuti jangkaan penganalisis politik yang menjangkakan kemenangan blok itu berikutan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Ini kerana pengundi masih berasa takut dengan wabak Covid-19 selain keletihan politik.

PRN Melaka menyaksikan pertembungan tiga blok utama iaitu BN, PN dan PH selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan pada Oktober lalu selepas empat ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan kepada ketua menteri, Sulaiman Md Ali.

Sulaiman dijangka mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Melaka selepas BN membentuk kerajaan negeri.