- Iklan -
Berita

95.6% dewasa, 82.1% remaja lengkap divaksinasi

97.8% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi setakat ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Warga kota mula aktif melakukan aktiviti hujung minggu di ibu negara sejak kelonggaran pergerakan diberikan kepada penerima lengkap vaksin.
Warga kota mula aktif melakukan aktiviti hujung minggu di ibu negara sejak kelonggaran pergerakan diberikan kepada penerima lengkap vaksin.

Sebanyak 95.6% atau 22,379,626 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 97.8% atau 22,906,258 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sementara itu 87.4% atau 2,751,092 individu bagi kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 82.1% atau 2,584,612 individu remaja telah lengkap divaksinasi.

Dalam pada itu, 105,103 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 16,848 suntikan dos lengkap, 6,549 menerima dos pertama dan 81,706 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,842,386.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 1,407,762.