- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 lepasi 6,300 jangkitan

Malaysia kini merekodkan 2,575,888 kes keseluruhan Covid-19.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menempah hotel untuk bermalam ketika mengunjungi bandar-bandar besar selepas kelonggaran rentas negeri diberikan kepada mereka yang telah lengkap divaksinasi.
Orang ramai menempah hotel untuk bermalam ketika mengunjungi bandar-bandar besar selepas kelonggaran rentas negeri diberikan kepada mereka yang telah lengkap divaksinasi.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,355 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,575,888 kes.

5,031 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,477,314.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 542 kes di mana 436 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 268 kes di mana 173 adalah kes Covid-19.

Dari 6,335 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 115 kes (1.8%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 6,240 kes (98.2%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.