Saturday, December 4, 2021

KKM pertimbang suntikan Sinovac, AstraZeneca sebagai dos penggalak

KKM akan umumkan penggunaan kedua-dua jenis vaksin itu selepas Pihak Berkuasa Kawalan Dadah membuat keputusan mengenainya.

Other News

Kementerian kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan vaksin Sinovac dan AstraZeneca digunakan untuk suntikan dos penggalak, kata menteri berkenaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata perkara itu sedang dibincangkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dalam mesyuarat yang sedang dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Antara agenda dalam mesyuarat ini adalah akan mempertimbangkan Sinovac dan AstraZeneca sebagai dos penggalak dan apabila PBKD membuat keputusan saya akan umumkan dasar kita,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau membangkitkan perkara itu bagi menjawab celahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk membolehkan vaksin Sinovac diberikan sebagai dos penggalak terutama kepada penerima vaksin jenis itu.

Bagi mempercepatkan pelaksanaan pemberian suntikan dos penggalak di negara ini, Khairy berkata KKM akan mengembalikan beberapa pusat pemberian vaksin untuk tujuan itu, selain penggunaan klinik-klinik swasta serta perubatan awam.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles