Saturday, December 4, 2021

Covid-19 merebak di UiTM Lendu selepas pelajar sertai program dikaitkan BN positif

Beberapa pelajar lagi disahkan positif Covid-19 susulan pelajar pertama dilaporkan positif 10 November lalu.

Other News

Kebimbangan penularan wabak Covid-19 selepas seorang pelajar UiTM Lendu, Alor Gajah positif selepas menghadiri program yang dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN) menjadi realiti apabila merebak di dalam kompaun kampus tersebut.

MalaysiaNow difahamkan, 20 pelajar UiTM Lendu disahkan positif Covid-19 susulan pelajar pertama dilaporkan positif 10 November lalu.

Bagaimanapun sumber memberitahu MalaysiaNow tiada tindakan tutup kampus diarahkan pihak pentadbiran.

Katanya kolej kediaman pelajar yang disahkan positif diarahkan tutup.

Dalam pada itu, kakitangan dan pensyarah universiti diminta memantau pelajar yang mempunyai simptom Covid-19 untuk dirujuk ke unit kesihatan.

Seorang ibu kepada pelajar yang dijangkiti berkata, anaknya yang sedang dikuarantin terlepas peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) dan perlu membayar semula yuran peperiksaan berkenaan.

Ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Dr Rusdi Abd Rahman mengesahkan perkara ini.

“Kluster diisytiharkan semalam iaitu Kluster Jalan Lubuk Redan,” katanya kepada MalaysiaNow.

Pada 11 November, MalaysiaNow melaporkan seramai 40 Pelajar UiTM menghadiri sebuah program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan politik pada 4 hingga 7 Oktober lepas di sebuah villa milik pengerusi BN Melaka, Abd Rauf Yusoh.

Rauf yang merupakan calon bagi Tanjung Bidara menafikan program itu berkaitan BN atau pilihan raya negeri yang sedang berjalan di Melaka.

Ia adalah susulan penularan beberapa hantaran di media sosial yang mendakwa tujuh pelajar UiTM didapati positif Covid-19 selepas pulang daripada sebuah program dianjurkan BN Melaka pada 4 hingga 7 November.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles