- Iklan -
Berita

95.4% dewasa, 81% remaja lengkap divaksinasi

97.7% bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan membuat persediaan sebelum memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada Roffina Marilyn Bredye Sodusta, 13 yang ditemani ibunya  di Pusat Pemberian Vaksin KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Petugas kesihatan membuat persediaan sebelum memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada Roffina Marilyn Bredye Sodusta, 13 yang ditemani ibunya di Pusat Pemberian Vaksin KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

Seramai 22,332,571 individu atau 95.4% daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 22,882,504 individu atau 97.7% bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Bagi populasi remaja pula, 81% atau 2,549,437 individu telah lengkap divaksinasi manakala 87.2% atau 2,743,176 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 121,232 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 25,439 suntikan dos lengkap, 6,707 menerima dos pertama dan 89,086 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,455,404.