Wednesday, December 8, 2021

Terengganu catat 2,433 kes cerai sejak Januari hingga Oktober 2021

Manakala sebanyak 4,132 kes perceraian dicatatkan pada 2020 di Terengganu.

Other News

Sebanyak 6,565 kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan di Terengganu pada 2020 sehingga Oktober tahun ini.

Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Mohd Nor Hamzah berkata daripada jumlah itu sebanyak 4,132 kes perceraian dicatatkan pada 2020 manakala sehingga Oktober 2021 sebanyak 2,433 kes direkodkan.

“Kes perceraian atau pembubaran perkahwinan yang tertinggi direkodkan adalah di Kuala Terengganu iaitu sebanyak 1,923 pasangan, yang kedua tertinggi adalah di Kemaman (1,151 pasangan) dan ketiga tertinggi di daerah Dungun melibatkan 1,003 pasangan.

“Kategori umur yang terbabit dalam perceraian adalah dalam lingkungan 21 hingga 65 tahun,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman.

Beliau menjawab pertanyaan Roslee Daud (BN-Bukit Besi) mengenai kes perceraian yang direkodkan di Terengganu, berapakah umur mereka yang terbabit dan sebab berlakunya perceraian tersebut.

Mohd Nor berkata selain kurangnya penghayatan agama Islam dan tiada lagi persefahaman, masalah kewangan dan pengaruh media sosial merupakan antara faktor mendorong kepada perceraian tersebut.

Sehubungan itu katanya kerajaan negeri sedang merangka pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kes perceraian di negeri ini termasuk menambah baik modul kursus praperkahwinan yang akan bermula tahun hadapan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles