- Iklan -
Berita

EU iktiraf sijil vaksin 4 lagi negara

Sijil vaksin dari Georgia, Moldova, New Zealand dan Serbia diterima di bawah syarat yang sama seperti sijil EU.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sijil vaksinasi tersebut akan memudahkan hubungan dan perjalanan antara negara-negara yang diiktiraf Kesatuan Eropah. Gambar: AP
Sijil vaksinasi tersebut akan memudahkan hubungan dan perjalanan antara negara-negara yang diiktiraf Kesatuan Eropah. Gambar: AP

Kesatuan Eropah (EU) dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan EU akan mengiktiraf sijil vaksin Covid-19 dari empat lagi negara iaitu Georgia, Moldova, New Zealand dan Serbia, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut kenyataan itu, empat negara tersebut akan disambungkan kepada sistem Sijil Covid Digital EU bermula Selasa dan sijil vaksin mereka akan diterima di bawah syarat yang sama seperti sijil EU.

Pesuruhjaya Kehakiman Eropah Didier Reynders berkata dengan keputusan itu setakat ini, sebanyak 49 negara dan wilayah di lima benua sudah dimasukkan di bawah sistem pensijilan digital tersebut.

Pesuruhjaya Eropah untuk “Neighbourhood and Enlargement” Oliver Varhelyi menyambut baik keputusan itu.

“Hari ini, saya mengalu-alukan Georgia, Moldova serta Serbia dan saya berharap lebih banyak lagi negara jiran akan dimasukkan ke dalam sistem pensijilan itu,” kata Varhelyi

Permohonan sijil vaksinasi yang disediakan EU untuk memudahkan perjalanan semasa pandemik mula berkuat kuasa pada 1 Julai.

Vaksin Covid-19 yang diluluskan di EU ialah Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca dan Johnson & Johnson.