Thursday, December 2, 2021

Kes baru kekal di paras lepasi 5,100 jangkitan

Malaysia kini merekodkan kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 2,551,452.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,143 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,551,452 kes.

4,551 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,455,767.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 526 kes di mana 474 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 250 kes di mana 192 adalah kes Covid-19.

Dari 5,143 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 126 kes (2.4%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,017 kes (97.6%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles