Wednesday, December 8, 2021

Kes baru menurun ke paras lepasi 5,100

Kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,546,309 jangkitan.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,162 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,546,309 kes.

5,019 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,451,216.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 524 kes di mana 486 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 265 kes di mana 197 adalah kes Covid-19.

Dari 5,162 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 104 kes (2.0%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,058 kes (98%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles