- Iklan -
Berita

79.6% populasi remaja lengkap divaksinasi

86.9% populasi remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pelajar yang menduduki peperiksaan awam di institusi pendidikan bawah KPM akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran berdasarkan kadar vaksinasi melebihi 90%.
Pelajar yang menduduki peperiksaan awam di institusi pendidikan bawah KPM akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran berdasarkan kadar vaksinasi melebihi 90%.

Sejumlah 2,505,157 individu atau 79.6% kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun di negara ini telah lengkap diberi suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sebanyak 2,734,057 individu atau 86.9% populasi remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sebanyak 22,286,520 individu atau 95.2% daripada populasi dewasa negara lengkap menerima dos vaksin manakala 22,858,958 (97.6%) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 55,703 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 14,875 suntikan dos lengkap, 3,203 dos pertama dan 37,625  pula menerima suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,138,954.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 938,437