Wednesday, December 8, 2021

Kes harian menurun ke paras 5,800

Malaysia kini merekodkan kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 2,541,147.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,809 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,541,147 kes.

4,712 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,446,197.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 527 kes di mana 484 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 277 kes di mana 193 adalah kes Covid-19.

Dari 5,809 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 102 kes (1.8%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,707 kes (98.2%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles