- Iklan -
Berita

Agong kurnia darjah kebesaran persekutuan, pingat kepada 1,200 penerima

Senarai penerima termasuk bekas pengerusi Kumpulan Felda Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani and Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Bernama
3 minit bacaan
Kongsi
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berangkat selepas selesai upacara pengurniaan darjah kebesaran dan pingat di Istana Negara hari ini. Gambar: Bernama
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berangkat selepas selesai upacara pengurniaan darjah kebesaran dan pingat di Istana Negara hari ini. Gambar: Bernama

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran “Tun” kepada bekas ketua hakim negara Richard Malanjum dan bekas pengerusi Kumpulan Felda Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali.

Dua tokoh itu mendahului senarai 44 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tahun 2021 pada istiadat pengurniaan hari pertama yang berlangsung di Istana Negara di sini.

Malanjum, 69, merupakan antara beberapa penerima bagi 2020 manakala Raja Muhammad Alias merupakan antara keseluruhan 1,207 penerima penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan tahun ini.

Malanjum, dilantik sebagai ketua hakim negara pada 11 Julai 2019, serta pernah berkhidmat sebagai hakim besar Sabah dan Sarawak dari 2006 hingga 2018 sebelum bersara pada 12 April tahun lepas.

Sementara itu, Raja Muhammad Alias, 89, berkhidmat sebagai pengerusi Kumpulan Felda sejak 1966 hingga 2001 serta memegang jawatan pengerusi Yayasan Felda pada 1998.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan turut dihadiri Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, Agong juga mengurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran “Tan Sri” kepada dua penerima iaitu Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg dan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Sultan Abdullah juga berkenaan menganugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) bagi 2020 dan 2021 yang membawa gelaran “Tan Sri” kepada 19 individu iaitu iaitu Gabenor Bank Negara Nor Shamsiah Mohd Yunus dan Pengerusi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang menerimanya bagi tahun lepas.

Sementara itu, 17 penerima Darjah PSM tahun ini terdiri daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, bekas Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai, Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah dan juga Presiden PAS Abdul Hadi Awang, hakim besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim serta Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki.

Turut menerima PSM ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Mohamad Asfia Awang Nassar, Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Mohd Daud Bakar, pakar astronomi dan profesional astrofizik Mazlan Othman, Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia Ismail Ibrahim.

Penerima lain ialah Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad Mohammed Azlan Hashim, Pengarah Eksekutif Leong Hup International Berhad Lau Eng Guang, Pengerusi Eksekutif The Edge Media Group Tong Kooi Ong, bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Mohd Shariff Omar, Pengerusi Ikhlas Capital Mohamed Nazir Abdul Razak, Pengerusi Eksekutif LB Aluminium Berhad Leow Chong Howa dan Pengarah Eksekutif Infinity Logistics and Transport Ventures Limited Tan Jyh Yaong.

Turut dianugerah PSM ialah bekas Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor, Presiden Majlis Olimpik Malaysia Mohamad Norza Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif The Lotus Corporation Bhd R Doraisingam, Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Ahmad Nizam Salleh, Presiden Kumpulan Sunway Group Berhad Chew Chee Kin, Pengarah Urusan Platinum Victory Holdings Sdn Bhd Gan Yu Chai serta Pengasas dan Pengarah Urusan Sena Group of Companies Tan Boon Hock.

Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran “Datuk” kepada 18 individu antaranya hakim Mahkamah Rayuan M. Nantha Balan, hakim Mahkamah Rayuan Darryl Goon Siew Chye, bekas pemain badminton kebangsaan Mohmed Misbun Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Mohamad Idham Nawawi dan Timbalan Ketua Menteri Sabah II Jeffrey Kitingan.

Pada istiadat pengurniaan hari ini, Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran “Datuk” kepada bekas Pengarah Cawangan Tenaga Kerja Bahagian Perkhidmatan Anggota Markas Angkatan Tentera Malaysia Mejar Jeneral (B) S. Suriakala yang merupakan penerima tahun lepas.

Penerima PSD pada tahun ini pula ialah Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri Shahrul Kamal Osman dan bekas Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Leftenan Jeneral (B) Haji Azlan bin Abdul Rahman.

 

- Iklan -

Paling Popular