Wednesday, December 1, 2021

Parti dicabar tarik sokongan terhadap MB Johor, Muhyiddin gelar Shahrir ‘bodoh’

Presiden Bersatu itu menyifatkan cabaran Shahrir Samad sebagai tidak masuk akal.

Other News

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menyelar veteran Umno Shahrir Abd Samad, menyifatkan beliau sebagai “bodoh” kerana mencabar Bersatu bagi menarik sokongan terhadap Menteri Besar Johor Hasni Mohammad.

Menurut Muhyiddin, meskipun mampu berbuat demikian, beliau lebih memikirkan nasib rakyat yang susah akibat pandemik Covid-19.

“Sekarang pun kita boleh tekan butang, semua akan jatuh. Kita tak takut tapi kerana saya fikir yang lebih penting ialah rakyat di negeri Johor, jangan berdepan masalah yang berlaku di Melaka.

“Dia suruh Bersatu tarik sokongan, bijak ke bodoh?” katanya pada sidang akhbar ketika melawat bilik gerakan PN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban hari ini.

Bekas ahli Parlimen Johor Bahru itu juga disifatkan Muhyiddin sebagai “jahat” kerana membuat cabaran itu.

Shahrir hari ini mempertikaikan mengapa tiada calon menteri besar dari Bersatu selepas pembentukan kerajaan negeri baru pada tahun lepas.

“Nak tarik sokongan supaya ada juga PRN Johor? Silakan. Umno Johor tetap bersedia,” tulis Shahrir dalam laman sosialnya.

Beliau merujuk kenyataan Muhyiddin sebelum ini, mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Johor tidak akan ditumbangkan atas dasar keprihatinan bekas perdana menteri itu.

Muhyiddin turut berkata sebagai warga Johor, beliau tidak akan buat di negeri itu seperti “apa Umno buat di Melaka.”

“Shahrir dah tak masuk akal. Dia kalah pilihan raya lepas, dan dia marah,” ujar Muhyiddin.

Sementara itu, Muhyiddin memaklumkan calon ketua menteri Melaka akan diumumkan sebelum hari pengundian. Katanya, kelewatan memaklumkan calon ketua menteri itu adalah sebahagian daripada strategi PN.

Jelasnya, calon ketua menteri akan datang dari Bersatu sekiranya parti itu berjaya memenangi kerusi yang cukup dan mendapat sokongan parti komponen lain.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles