Saturday, December 4, 2021

Malaysia sasar buka sempadan pada 1 Januari

Bagaimanapun tarikh tetap pembukaan belum diputuskan kerana pihak berkuasa masih memperincikan perkara tersebut.

Other News

Malaysia bakal membuka semula sempadan kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya pada 1 Januari, kata Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini ketika negara berusaha untuk menyemarakkan aktiviti sektor pelancongan.

Malaysia kini memulakan pembukaan sektor ekonomi di seluruh negara secara bertahap sejak beberapa minggu kebelakangan ini berdasarkan kadar jangkitan Covid-19 yang dilihat mulai menurun selepas program vaksinasi kebangsaannya menunjukkan peningkatan besar.

Menurut statistik kerajaan, lebih tiga perempat dari 32 juta populasi penduduk Malaysia menerima vaksin.

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, yang mempengerusikan MPN, memberitahu pemberita pemulihan industri pelancongan adalah terlalu perlahan tanpa kunjungan warga asing selain menjelaskan pengusaha dan operator memerlukan masa dalam usaha untuk beroperasi semula.

Bagaimanapun, menurut Muhyiddin, langkah kawalan jangkitan seperti ujian saringan Covid-19 akan kekal dilaksanakan, mengatakan pihak berkuasa akan menetapkan kemasukan pelawat berdasarkan situasi Covid-19 di negara asal mereka selain turut meniliti dan beberapa faktor lain.

Namun tarikh tetap untuk pembukaan semula tersebut tidak diberitahu, mengatakan keputusan mengenainya sedang diperincikan pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan.

Minggu ini, Malaysia mengumumkan bakal melancarkan Vaccinated Travel Lane (VTL) dengan Singapura mulai 29 November depan, di mana ia akan membenarkan perjalanan rentas sempadan melalui udara tanpa perlu notis kuarantin untuk individu yang menerima suntikan vaksin lengkap.

Malaysia juga turut melancarakan koridor perjalanan vaksinasi dengan Indonesia bagi membolehkan kedua-dua negara menerima penerima vaksinasi lengkap untuk melawat beberapa bandar utama di kedua-dua buah negara.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles