Tuesday, November 30, 2021

Kes harian lepasi 6,300 jangkitan

Malaysia kini mencatat kes keseluruhan sebanyak 2,528,821.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,323 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,528,821 kes.

5,337 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,435,459.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 538 kes di mana 503 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 274 kes di mana 191 adalah kes Covid-19.

Dari 6,323 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 97 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 6,226 kes (98.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles