Wednesday, December 8, 2021

Dr M nafi Pejuang letak calon proksi pada PRN Melaka

Dr Mahathir berkata beliau tidak menyokong sesiapa di dalam PRN Melaka jauh sekali meletak calon proksi.

Other News

Parti Pejuang hari ini menafikan pihaknya meletak calon proksi yang bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan di blog sekali lagi menegaskan bahawa parti itu telah mengumumkan tidak akan turut serta di dalam PRN Melaka serta tidak menyokong mana-mana pihak.

“Bagaimanapun saya dapat tahu ada sesetengah pihak cuba kaitkan Pejuang dan saya dengan individu tertentu yang bertanding sebagai calon bebas. Ingin ditegaskan sekali lagi, Pejuang dan saya tidak menyokong sesiapa di dalam PRN Melaka jauh sekali meletak calon proksi.

“Saya harap dengan penjelasan ini, tidak lagi ada sesiapa yang akan cuba kaitkan saya, mahupun Pejuang dengan mana-mana calon yang bertanding,” katanya hari ini.

Sebelum ini, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee yang bertanding atas tiket Bebas turut menafikan laporan bahawa beliau akan bertanding di bawah tiket Pejuang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November.

PRN itu diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat Adun menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri Melaka.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles