- Iklan -
Berita

Petugas media adalah ‘barisan hadapan yang tidak didendang’, kata Annuar

Annuar Musa berkata Malaysia kini menuju fasa endemik dan pihak media diperlukan dalam menyampaikan maklumat sahih kepada orang ramai.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berucap pada majlis Ulang Tahun Star Media Group ke-50 Tahun di sebuah hotel malam tadi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berucap pada majlis Ulang Tahun Star Media Group ke-50 Tahun di sebuah hotel malam tadi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa menzahirkan penghargaan kepada semua petugas media serta individu yang terlibat dalam penghasilan berita atas khidmat mereka dalam menyebarkan maklumat tepat semasa negara dilanda pandemik Covid-19.

Menyifatkan pengamal media sebagai “petugas barisan hadapan yang tidak didendang,” beliau berkata Malaysia kini menuju ke arah fasa endemik dan pihak media diperlukan untuk memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat yang sahih kepada orang ramai.

“Anda adalah petugas barisan hadapan negara yang tidak didendang dan sentiasa berada di lapangan, mencabar diri untuk memastikan akauntabiliti meskipun terpaksa berdepan risiko dalam usaha mendapatkan maklumat yang sahih, dan menjalankan peranan anda untuk membongkar maklumat yang salah.

“Meskipun kadangkala kami terlupa menyebut tentang anda, tetapi ingatlah bahawa kami tidak pernah melupakan media dalam setiap apa yang kami lakukan sebagai kerajaan. Terima kasih kerana memperjuangkan perkara yang baik,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-50 Kumpulan Media Star (SMG) malam tadi.

Annuar juga berkata tidak syak lagi, media sememangnya memainkan antara peranan terpenting dalam pembinaan negara.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, Pengerusi SMG Chor Chee Heung dan Pengarah SMG Mohd Aminuddin Mohd Rouse.

Bertema “50 years of Shaping the Nation Together,” majlis itu menghimpunkan personaliti terkemuka negara daripada organisasi ternama.

- Iklan -

Paling Popular