Wednesday, December 8, 2021

Parlimen dijangka tumpu perbahasan statistik penjawat awam enggan divaksin

Perbahasan Belanjawan 2022 juga akan disambung hari ini Dewan Rakyat.

Other News

Statistik penjawat awam yang enggan divaksin atau belum bersedia menerima vaksinasi Covid-19 tanpa alasan kukuh adalah antara soalan yang akan dikemukakan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, persoalan itu akan diajukan oleh Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab.

Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pula meminta perdana menteri menjelaskan mengenai jurang pendapatan golongan bandar dan luar bandar dan sejauh mana pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap perkara berkenaan.

Selain itu, Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) akan mengajukan soalan kepada menteri kanan pertahanan mengenai keberkesanan pertahanan negara bagi operasi National Task Force (NTF) melalui Op Benteng di kawasan sempadan negara Laut China Selatan.

Selesai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz pada 29 Oktober lepas.

Setakat semalam, seramai 85 Ahli Parlimen daripada blok pembangkang dan kerajaan serta bebas mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Bajet 2022 yang bermula 1 November lepas.

Penggulungan Belanjawan 2022 oleh kementerian-kementerian berkaitan dijadual berlangsung selama empat hari bermula 15 November.

Dewan Rakyat akan bersidang hingga 16 Disember.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles